Berita Terkini
recent

'Cunnya' Juruterbang Pakai Tudung Neelofa

Pelakon Neelofa mengembangkan lagi cabang perniagaan apabila tudung keluarannya Naelofar Hijab secara rasmi akan dipakai juruterbang wanita berhijab AirAsia.

Tudung berkenaan yang direka khas dengan fabrik istimewa berwarna putih mula dipakai juruterbang berhijab syarikat itu sejak bulan ini yang turut membabitkan sektor penerbangan jarak jauh iaitu AirAsia X.

Neelofa berkata, hijab yang dihasilkan itu amat praktikal dan bergaya yang memudahkan pergerakan pemakai.

"Hijab itu turut mempunyai simbol Naelofar Hijab yang bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir sesuai kepada pemakainya," katanya.

Tambah Neelofa, sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.

Sementara itu Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia Rudy Khaw berkata, buat julung kalinya, AirAsia berkerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi para juruterbang wanita mereka.

Pihaknya juga turut merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab dalam memberikan nafas baharu kepada rekaan hijab kepada semua pekerja lain di AirAsia.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.