F Cucu Lee Kuan Yew mula buka mulut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Cucu Lee Kuan Yew mula buka mulut

Anak lelaki Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Li Hongyi, yang dikaitkan namanya dengan konflik keluarga mendiang Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew baru-baru ini, 'mula buka mulut'.

Memetik laporan Channel NewsAsia, melaporkan Hongyi dipetik berkata, beliau tidak berminat dalam politik, sekaligus menafikan dakwaan bapa dan ibu saudaranya yang menyatakan ayahnya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempunyai cita-cita politik untuk beliau.

"Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam politik," katanya menerusi akaun Facebooknya, lapor Channel NewsAsia.

Rabu lalu, ibu dan bapa saudaranya, Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang, mengeluarkan kenyataan umum mengatakan mereka telah "hilang keyakinan" terhadap abang mereka Hsien Loong.

Sebagai reaksi balas, Hsien Loong berkata, beliau kecewa dengan tindakan adik beradiknya itu.

"Saya amat sedih dengan dakwaan yang telah dibuat mereka. Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini, terutamanya dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, kenyataan adik-beradiknya itu telah menyakiti legasi ayahnya.

Terdahulu, Hongyi yang kini berusia 30 tahun, kini berkhidmat sebagai pengawai kerajaan di  Bahagian Perkhidmatan Data Sains Digital, beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat Google sebagai pengurus produk selepas menamatkan pengajian di Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat.

Powered by Blogger.