Berita Terkini
recent

Cristiano Ronaldo Dapat Anak Kembar

Bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo atau nama asalnya Cody Ronaldo, bintang Real Madrid ini dilaporkan oleh akhbar British, The Sun telah menjadi ayah kepada pasangan kembar lelaki dan perempuan yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Laporan menyatakan pasangan kembar lelaki dan perempuan yang diberi nama Eva dan Mateo itu, lahir pada Khamis minggu lalu oleh seorang wanita yang tinggal di sebelah pantai barat Amerika Syarikat (AS).

Namun buat masa ini pihak Cristiano dan agensi beliau masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal tersebut.

Sekali lagi Ronaldo memilih kaedah ibu tumpang selepas menggunakannya untuk Cristiano Junior. yang juga digelar CR7 dilahirkan pada 2010 yang turut menggunakan kaedah ibu tumpang. Namun dia tidak pernah mengesahkan perkara itu.Sebelum ini, Cristiano Jr. didaftarkan kelahiran di sebuah hospital swasta di Florida.


Difahamkan Ronaldo kini sedang berpacaran dengan model Sepanyol, Georgina Rodriguez.
Georgina Rodriguez juga dihebohkan dikatakan sedang hamil apabila Cristiano Ronaldo pertama kali memuat naik gambar pasangan kekasihnya di Instgram miliknya yang menampakkan perut Georgina yang kelihatan agak besar.  Selain itu juga, gambar mereka sedang bercuti di Sardinia,Itali juga jelas menampakkan perut gadis berusia 22 tahun itu semakin membuncit.



Penyerang berusia 32 tahun itu gembira dengan perkhabaran tentang kelahiran kembar beliau. Ronaldo akan membesarkan kembar tersebut dan Cristiano Jr. bersama ibunya serta teman wanitanya ,Georgina Rodriguez
Laporan anak kembar Ronaldo muncul selepas pelakon terkenal Hollywood,George Clooney, 56, yang juga turut mendapat pasangan kembar, Ella dan Alexander yang dilahirkan oleh Amal Clooney, isteri kepada, George Clooney.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.