Berita Terkini
recent

Che Ta Sakit Hati Rumah Tangga Saudaranya Diganggu Pengkid

Aktres jelita, Rozita Che Wan (Che Ta), menjelaskan status amarah terhadap gangguan seseorang yang dimuat naik di Instagram miliknya Ahad lalu adalah sebagai jalan terakhir bagi membantu saudara sendiri.

Menerusi BH online, Che Ta berkata, sebelum ini teguran secara baik langsung tidak dipedulikan individu terbabit hingga membuatkannya terpaksa memberikan 'amaran' menerusi laman sosial peribadinya.

"Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan 'pengkid' hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu berusia sembilan bulan juga diabaikan.

"Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit. Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.

"Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang," katanya.

Terdahulu, status Che Ta di Instagram menimbulkan tanda-tanya apabila berbaur amaran yang ditujukan kepada seseorang dengan disertakan gambar.

Beliau turut meluahkan kekesalan dengan sikap penyanyi itu yang terus mengganggu isteri saudaranya, selain mendakwa menyimpan bukti perbualan kedua-duanya.
Powered by Blogger.