F Che Ta Buka Mulut Kes Mengamuk di Instagram | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Che Ta Buka Mulut Kes Mengamuk di Instagram

Jika sebelum ini kita baca Che Ta telah mengamuk di instagramnya kerana pengkid, lalu ramai yang menyangka pengkid tersebut telah menganggu Che Ta.
Namun sebenarnya bukan itu yang berlaku.

Pada awalnya juga Che Ta enggan mendedahkan kepada peminat dan meminta Kakigosip agar off record sahaja cerita ini.

Pun begitu, cerita tersebut telah tular dan Che Ta memberitahu cerita sebenar apa yang berlaku.
Che Ta mengakui terlalu marah sehinggakan memuat naik gambar Delladellon di instagramnya dengan bercaptionkan amukan.

Dia bertindak seperti itu kerana terlalu geram dengan tindakan Delladellon yang telah menganggu isteri kepada saudaranya sehinggakan rumah tangga mereka terabai.

“Pengkid tu bukan mengurat saya tetapi bercinta dengan isteri saudara saya sampai boleh lupakan anak yang masih lagi menyusu badan. Kesiankan. Sebab itulah saya terpaksa dedahkan perkara ini kepada umum supaya dia sedar perbuatannya salah,” jelas Che Ta.

Tambah Che Ta, mereka sebelum ini pernah bertemu untukberbincang secara baik, namun masih tidak berubah.

Oleh itu, Che Ta berani bertindak seperti itu untukmengajar individu tersebut yang masih inginmenganggu isteri saudaranya.

Dengan penuh kekesalan, Che Ta juga memberitahu, dia menyimpan segala bukti gangguan yang telah dilakukan oleh Delladellon.

Powered by Blogger.