F Chanyeol EXO Hadiahkan Kakak Kereta Mewah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Chanyeol EXO Hadiahkan Kakak Kereta Mewah

ALAHAI... untungnya dapat adik seperti Chanyeol EXO. Kesibukan dan populariti yang diraih hari ini tidak sedikitpun membuatkan dia melupakan ahli keluarga terutama si kakak bernama Park Yoo Ra.

Dikatakan, Chanyeol tidak sedikitpun berkira dengan kakak kesayangannya itu malah sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membahagiakan Park Yoo Ra.

Seperti dilaporkan Koreaboo, minggu lalu Chanyeol telah membeli sebuah kereta mewah untuk kakaknya bersempena kejayaan Park Yoo Ra diterima bekerja sebagai seorang wartawan penyiaran, stesen televisyen Korea, YTN.


Difahamkan kereta mewah jenama Mercedes Benz Siri AMG CLA45 berharga puluhan ribu dolar dan merupakan model terbaru keluaran jenama kereta berkenaan.

"Saya bangga dengan pencapaian Park Yoo Ra. Saya tidak kisah soal duit asalkan dia gembira dan boleh menggunakan kereta tersebut untuk sebarang urusan kerja dan peribadi," ujar Chanyeol yang diketahui seorang artis yang sentiasa merendah diri.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berwajah comel ini amat mementingkan pelajaran dan sering dilihat menghabiskan waktu bersama teman-teman sekuliahnya mengulangkaji.

Malah, pelantun lagu MAMA ini tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang selebriti yang harus dijadikan idola. Saat bersama teman-teman, Rapper EXO itu lebih selesa mengenakan pakaian  seperti orang biasa sahaja.
ot;1" />
Powered by Blogger.