F Bukan Bercerai Tapi Pindah Rumah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bukan Bercerai Tapi Pindah Rumah

Disebabkan Adam Shah dan isterinya kini terpaksa tinggal berasingan, timbul dakwaan mengatakan mereka kononnya memfailkan permohonan cerai.

Memetik laporan Harian Metro, Adam yang terkejut dengan dakwaan tersebut menjelaskan keluarganya kini dalam proses untuk berpindah rumah.

"Ia adalah fitnah yang tidak masuk akal dan mengarut. Saya dan isteri masih bersama dan bahagia bersama anak-anak.

"Sebenarnya kami tinggal berasingan bukan kerana tidak lagi bersama tetapi dalam proses untuk berpindah rumah. Saya sudah menukar persekolahan anak-anak yang berdekatan dengan rumah dan keluarga mentua.

"Bagaimanapun, ketika mahu berpindah sebelum Ramadan lalu, saya mengalami masalah apabila kontrak rumah yang kami tinggal sekarang belum tamat. Ia menyebabkan isteri terpaksa tinggal di rumah keluarganya, manakala saya berulang alik menziarahi isteri apabila tiada sesi penggambaran," katanya.

Tambah pelakon filem Juvana ini lagi, secara jujurnya dia sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara berkenaan sehingga ia tersebar.

Berita itu makin diperkatakan selepas Fatin dikatakan turut memadam gambar mereka berdua di Instagram.

Ditanya mengenai perkara itu, Adam Shah berkata, dia tidak pernah terasa hati apabila isterinya bertindak demikian.

Kata Adam, isterinya akan memadam gambar yang dirasakan sudah tidak perlu di Instagram. Tambahan dia mempunyai dua akaun Instagram,

Dalam pada itu Adam menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang menyebarkan gosip tersebut.

"Jujur saya tidak akan memaafkannya kerana tergamak menyebar fitnah dan memporak-perandakan rumah tangga saya sedangkan saya hanya bergurau ketika itu.

"Hanya dia seorang saja yang saya bercerita hal ini. Saya tak sangka dia sanggup berbuat demikian sehingga tergamak untuk masuk campur hal rumah tangga keluarga mentua, anak dan isteri," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.