F Brad Pitt Hubungi Jennifer Semula? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Brad Pitt Hubungi Jennifer Semula?

Selepas bercerai, Brad Pitt seakan membawa diri dan diam seketika dalam industri hiburan. Brad yang kini sedang sibuk menjalani rawatan pemulihan alkohol dikhabarkan telah menghubungi bekas isterinya, Jennifer Aniston.


Apa yang menggejutkan Brat yang terkenal dengan sikapnya yang sukar dibawa berbincang itu itu menghubunginya bekas isterinya hanya untuk meminta maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan suatu masa dahulu.

Salah seorang sumber yang rapat dengan pasangan tersebut berkata Brad benar-benar kesal dan memohon maaf atas kesedihan yang berpunca daripada kesalahannya terhadap Jennifer.
Malah, Brad juga mengaku atas segala kesalahan yang pernah dilakukan dan bertanggung jawab ke atas semua kesalahan yang pernah dilakukan dulu.

Tambah individu tersebut, Terharu dengan tindakan bekas suami yang berubah dan lebih bijak untuk meluahkan perasaan, Jennifer memaafkan dan mahu tumpukan perhatian kepada masa depan.
Bukan itu sahaja, Jeniffer juga memberi kata positif dan mempercayai semua tuduhan mengenai kes dera yang digembar gemburkan oleh paparazzi menjadi punca perceraian Brad dan Angelina adalah sesuatu yang tidak benar.

Brad pernah menghancurkan kepercayaan Jennifer dengan menjalinkan hubungan bersama Angelina selama 10 tahun dan dikurniakan tiga orang anak hasil perkongsian hidup bersamanya skandelnya itu dan akhirnya berpisah.

Kerana ketagihan alkohol yang teruk, Brad berpisah dengan pasangannya dan hilang hak penjagaan terhadap anak-anaknya Maddox, 15, Pax, 13, Zahara, 12, Shiloh, 11, dan kembar Knox dan Vivienne, 8. Dia hanya dibenarkan berjumpa dengan anaknya tiga bulan sekali.
ot;1" />
Powered by Blogger.