F Boutella gementar fikir solekan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Boutella gementar fikir solekan

Bakat bekas penari profesional keturunan Algeria, Sofia Boutella dalam bidang lakonan semakin menyerlah selepas membintangi filem Kingsman: The Secret Service sebagai pembunuh pada 2015.

Sejak itu, perjalanan karier seni Boutella semakin cerah apabila dia beraksi dalam filem francais besar Star Trek Beyond dan terbaru ini, The Mummy bersama pelakon hebat Tom Cruise.

Namun, sebelum mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang lakonan, anak seni berusia 35 tahun ini pernah muncul dalam klip video penyanyi popular Rihanna, Usher, Ne Yo dan Madonna.

Malah, dia turut beraksi di sisi Madonna di pentas dua jelajah konsert penyanyi tersohor itu. Boutella membuat tarian terakhirnya di persembahan Madonna pada Super Bowl 2012.

“Saya sudah berhenti mengikuti kelas tarian. Memang saya sangat mencintai bidang ini dan mahu menjadi penari terbaik.

“Pada masa sama, saya juga minat berlakon dan berasa lebih baik beri fokus sepenuhnya terhadap lakonan,” katanya yang mula belajar menari pada usia lima tahun.

Sementara itu, berkongsi pengalamannya sebagai puteri Mesir bernama Ahmanet dalam The Mummy, Boutella mendedahkan berasa sedikit gementar memikirkan masa yang panjang diambil untuk proses solekan.

“Pada mulanya, saya takut kerana pernah menjalani solekan tebal untuk watak Jaylah ketika berlakon dalam Star Trek Beyond.

“Saya terfikir tidak akan melalui situasi sama untuk The Mummy,” katanya.

Menurut pelakon itu, proses solekan menjadi Ahmanet memakan masa sehingga enam jam untuk jurusolek melukis simbol dan garisan pada badannya serta dandanan.

Selepas The Mummy, Boutella akan membintangi filem Atomic Blonde yang turut menampilkan Charlize Theron dan dijangka menemui penonton sekitar Julai ini.

Boutella bakal kembali ke set untuk penggambaran Hotel Artemis dan dia turut ditawarkan watak utama dalam filem terbitan HBO, Fahrenheit 451.

Powered by Blogger.