F ‘Bola sepak dunia juga tidak mampu satukan media’ – Rosyam Nor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

‘Bola sepak dunia juga tidak mampu satukan media’ – Rosyam Nor

Semalam berlangsungnya program Malaysia #QuranHour di mana rakyat Malaysia duduk serentak membaca al-Quran selama satu jam.

Program ini mendapat sambutan yang sanggat menggalakkan dengan kehadiran 5,000 peserta yang berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Berkenan berangkat sebagai tanda sokongan kepada Malaysia #QuranHour adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah bersama Orang Besar Perak iaitu YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abdul Kadir, YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Dato; Seri DiRaja Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin danYB Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarang Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf merangkap Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Dato’ Haji Hussamuddin bin Haji Yaacub.

Beberapa barisan artis juga kelihatan berada bersama tetamu bagi memeriahkan lagi program ini. Antara selebriti yang hadir ialah Diana Amir, Datuk Rosyam Nor, Fizzo Omar, Ely Iskandar, Suhaimi Sulaiman, Munif Ahmad dari kumpulan Hijjaz, UNIC, Amin Idris (Pengacara Tv AL-Hijrah), Sahri AF, Farah Adeeba (Pengacara Tv3) dan beberapa peserta Hero Remaja 2017.

Kakigosip sempat menemu bual penerbit, pengarah dan pelakon handalan, Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan ikon Rumah Ngaji.

Sangat mengagumi bagaimana sebuah program al-Quran mampu menyatukan pelbagai agensi media dalam satu bumbung tanpa memikirkan profit, Rosyam menganggap ia adalah sesuatu yang luar biasa.
“Bola sepak dunia juga tidak mampu buat sesuatu seperti ini. Tidak ada ada satu stesen program yang berjaya mengabung sekali semua agensi media tanpa memikirkan sesen pun duit kerana memikirkan ia sebahagian daripada dakwah.

“Bagi saya semua yang hadir dengan punyai niat dakwah akan diberi manfaat dan ganjaran daripadanya. Insya-ALLAH walau sebesar kuman. Inilah Zat-zat daripadaNya yang kita semua inginkan.

“Inilah juga masanya untuk mula mempromosikan #QuranHour, bukan sahaja selebriti, rakyat tempatan terutamanya umat Islam juga perlu lakukannya agar lima tahun akan datang ia akan menjadi satu perhimpunan raksasa,” jelasnya.

Malah, Rosyam juga menambah kehadiran seseorang itu ke program seperti ini umpama membuat saham kebaikan kerana telah mempengaruhi orang lain untuk turut serta di masa akan datang.
ot;1" />
Powered by Blogger.