Berita Terkini
recent

“Biarlah Antara Saya Dan ALLAH” – Zizan

Ketenangan yang dirasai dan keseronokan berpuasa serta menyambut lebaran di Tanah Suci Makkah telah menggamit selebriti serba boleh, Zizan Razak untuk kembali ke sana.

Ujar pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini, dia akan berangkat ke sana esok dan pulang pada 26 Jun ini.

Selepas saya ke sana tahun lepas, saya belum berpeluang untuk bercuti lagi dan saya anggap ini adalah peluang saya untuk bercuti di tempat yang paling baik.

Apa yang pasti saya berasa lebih tenang apabila berada di sana dan saya ambil peluang ini untuk memperbaiki kekurangan ibadah saya pada tahun lalu kerana pada ketika itu saya pergi dengan ilmu yang kosong.

Jadi untuk tahun ini apa yang tak sempat buat tahun lepas saya nak buat, apa yang saya tak sempat nak doa saya nak doa. Tapi apa yang saya nak minta, biarlah antara saya dan ALLAH SWT,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa serta sidang media program Syawal TV3 dan TV9, baru-baru ini.

Tambah Zizan lagi, dia amat menggalakkan mana-mana individu yang berkemampuan dan belum berkesempatan ke sana untuk merasai sendiri pengalaman berada di Makkah sekali seumur hidup.
Apabila kita berada di sana, kita tak ambil tahu berapa gaji dia atau siapa di sana kerana kita semua akan sama-sama duduk setaraf dan beribadat.

Selain itu, ia akan membuatkan kita lebih mengenali diri sendiri dan mengingatkan kita bahawa inilah yang akan kita lalui di Padang Mahsyar kelak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jula Juli Putus Cinta bersama Mira Filzah arahan Osman Ali yang akan disiarkan pada hari Lebaran nanti.

Selain itu, dia juga masih menanti tarikh baru untuk memulakan penggambaran filem Polis Evo 2 yang sepatutnya bermula sebelum puasa yang lalu.

Ujar Zizan, sambutan hangat yang diterima menerusi filem pertama telah menyuntik semangatnya untuk menjayakam filem aksi.

Walaupun orang tak puji direct, tapi sambutan yang diterima itu sudah cukup memberi makna pada kami semua.

Meskipun untuk menjayakan sesebuah filem aksi itu bukan mudah, tetapi hasil yang kita lihat selepas itu akan memberi kepuasan yang tersendiri,” katanya.

Zizan berkata, dia juga masih menjaga badan sehingga kini agar apabila tiba hari penggambaran, dia akan kelihatan lebih fit dan sado seperti yang dimahukan.

Memang badan saya tak nampak beza sebab ada turun naik selepas beberapa kali demam. Tapi apa yang pasti menjelang hari penggambaran baru saya akan push agar dapat seperti apa yang diminta.

Buat masa ini saya hanya jaga makan dan pemakanan agar badan lebih fit,” jelasnya.
Powered by Blogger.