F Biar Lambat Tapi Berkualiti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Biar Lambat Tapi Berkualiti

Sepanjang Ramadan ini, seperti mana kebanyakan artis lain mengambil peluang memperlahankan seketika aktiviti seni, begitu juga dengan penyanyi Kaka Azraff.

Tidak sibuk dengan persembahan pentas tetapi masanya lebih banyak di dalam studio, menjalani rakaman album sulung yang dijangka akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini. Album tersebut bakal memuatkan sebanyak lapan lagu.

"Saya sibuk dengan rakaman album pertama saya. Saya baru selesai merakamkan single terbaru berjudul Kembali. Ia sebuah lagu yang lebih matang dan berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini.

"Sebenarnya perancangan untuk album ini sudah dua tahun. Memang ia satu perjalanan yang sangat lambat bagi saya tetapi saya tidak letak kuantiti sebaliknya mementingkan kualiti," kata pelantun lagu Terima Kasih ini ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Pretty Suci, bertempat di hotel The Stripe, pada Khamis.

Meskipun menyedari pasaran album kini tidak menentu, namun situasi itu tidak membantutkan impian penyanyi berusia 28 tahun ini untuk menghasilkan album. Justeru dia juga tidak memandang enteng soal pemasaran apabila albumnya dilancarkan kelak.

"Saya rasa, mungkin pada lima tahun akan datang, album fizikal tidak lagi wujud kerana sekarang ini pun ramai yang lebih memilih digital. Tapi sebagai seorang penyanyi, mempunyai album adalah impian saya dan kalau lah saya jadi artis yang terakhir yang menghasilkan album, pun tak mengapa.

"Jadi sebagai pendatang baru seperti saya, promosi adalah sangat penting. Album saya ini sasarannya dikalangan remaja tetapi ia juga sesuai untuk pendengar dewasa. Kalau dari segi promosi nanti, saya merancang untuk mengadakan mini tour," katanya.

Masih memperjuangkan lagu yang berentak moden (new sound), buat masa ini kata Kaka, dia masih mencari idea dan konsep yang ingin diketengahkan menerusi buah tangannya itu. Dia juga merancang mendapatkan khidamt komposer seperti Audi Mok, Omar K dan Alif (Sleeq).

Tambah istimewa, album tersebut turut memuatkan satu lagu duet Kaka bersama ratu Rock negara, Ella, yang juga merupakan ibu saudaranya. Bagaimanapun Kaka mengakui, kolaborasinya dengan Ella merupakan antara cabaran besar.

"Akan ada satu lagu duet saya dengan Ella. Sebenarnya memang sudah lama hendak berkolaborasi dengan beliau. Setiap kalu kalau berjumpa, kami saling bercakap mengenai keinginan hendak berduet. Cuma kami belum jumpa lagu yang betul-betul sesuai.

"Ia satu cabaran bagi saya apabila berkolaborasi dengan Ella kerana beliau seorang yang punya nama besar dan saya perlu pastikan yang saya tak nampak tenggelam. Dia legend dan saya pula belum ada apa-apa. Jadi saya tidak boleh ambil ringan," tuturnya.

Raya Sederhana

Sementara berkongsi pula mengenai persiapan menyambut lebaran yang bakal tiba kira-kira dua minggu lagi, Kaka berkata, Aidilfitri kali ini sama seperti tahun-tahun sudah yang diraikan secara sederhana tetapi meriah.

Selain amalan tradisi kunjung mengunjung ke rumah sanakpsaudara, paling dinanti ialah saat menikmati juadah serta kuih muih tradisional yang jarang dapat ditemui pada hari-hari biasa.

"Kalau dalam keluarga, saya paling terakhir sekali buat persiapan misalnya baju raya sebab saya utamakan keperluan keluarga.

"Apabila semakin meningkat dewasa ini, sebenarnya keterujaan hendak membuat persiapan raya tu sudah tak berapa sangat. Tapi setiap tahun memang sederhana saja sambutanya tapi meriah.

"Hari raya adalah saat untuk kita semua mengeratkan silaturahim dan paling best masa inilah kita dapat makan kuih-kuih tardisional yang jarang-jarang ada ada hari-hari biasa," katanya yang akan menyambut raya di Klang, Selangor.
ot;1" />
Powered by Blogger.