F Biar Betul? 17 Tahun DJ Lin Tak Buka Puasa Dengan Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Biar Betul? 17 Tahun DJ Lin Tak Buka Puasa Dengan Anak

APA? Dah 17 tahun tak pernah berbuka puasa dengan anak-anak? Biar betul Kak Lin? Sibuk melayan peminat Suria Cinta sangat ke tuu!

Tapi itulah kisah sebenar yang dilalui oleh DJ Lin sehinggalah pada tahun ini dia dan dua anaknya dapat berbuka puasa bersama. Itu pun selepas DJ Lin berhasrat pulang ke kampung halamannya di Larkin. Johor Bahru.

Menurut DJ Lin perkara itu berlaku kerana dia terlalu sibuk dengan kerja sebagai penyampai radio Suria FM.

"Saya seorang yang kuat kerja dan terlalu sayang nak tinggalkan konti. Sebab itu, selama 17 tahun saya tidak ada masa untuk bersama anak-anak dan keluarga ketika waktu berbuka puasa.


"Setiap tahun saya hanya akan beli makanan selepas waktu berbuka. Sementara anak-anak tunggu saya balik kerja, mereka akan mencari juadah sendiri.

"Namun, untuk tahun ini saya dipaksa oleh rakan-rakan untuk meninggalkan kerja pada hari pertama berpuasa untuk bersama-sama ibu, adik beradik serta anak-anak di kampung.

"Bila ibu saya dapat tahu, dia sangat gembira dan tak sangka saya boleh korbankan kerja. Apa lagi, dia terus telefon adik-beradik yang lain ajak datang berbuka sekali.

"Memang sangat meriah dengan pelbagai juadah dan paling seronok, kakak saya masak soto daging dan karipap sardin makanan kegemaran saya," kata Dj Lin.


DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 42, ditemui pada majlis pelancaran Suria FM 'Segalanya Lebih Bermakna' di Mega View, Menara Kuala Lumpur pada Khamis.

Dia dan rakan-rakan penyampai radio lain turut menonjolkan bakat mereka dalam bidang lakonan menerusi drama Kuih War.

Drama ini juga dibintangi oleh Didie Alias, Anas Ridzuan, Najwa P. Ramlee dan ItsRoseNicotine.
Ia akan disiarkan bermula 13 Jun ini pada setiap Selasa dan Khamis menerusin www.suria.my
Selain drama ini , mereka juga bergabung suara dengan kumpulan Drama Band menerusi lagu Segalanya Lebih Bermakna.


Powered by Blogger.