F Beyonce & Taylor Swift Menangis Gara-Gara Kanye | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Beyonce & Taylor Swift Menangis Gara-Gara Kanye

PADA malam anugerah MTV Video Music Awards 2009, penyanyi Kanye West sempat membuat kekacauan di pentas berprestij itu ketika Taylor Swift memberi ucapan atas kemenangan meraih anugerah Video Penyanyi Wanita Terbaik.

Kejadian itu telah menjadi bahan bualan media dan netizen pada ketika itu. Mengingat kembali momen itu, pengurus MTV, Van Foller memberitahu cerita yang tidak siapa tahu.

Menerusi temu bual bersama wartawan The Hollywood, dia mengaku sempat menyaksikan Taylor Swift dan Beyonce menangis di belakang pentas gara-gara kelakuan Kanye West itu.

"Ketika Kanye naik ke pentas dan membuatkan suasana menjadi kacau bilau, Taylor berlari ke belakang dan menangis dengan sekuatnya. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan," kata Van Foller.

Tambah Foller, penyanyi Beyonce juga turut menangis bersama kerana malu dengan sikap suaminya itu.

"Bila saya pergi secara dekat ternampak Beyonce juga sedang menangis kerana semasa kanye naik ke atas dia ada bercakap tentang Beyonce juga. Menurut Kanye, kemenangan itu sepatutnya milik isterinya itu," ujarnya.

Ketika kanye mengeluarkan kenyataan itu, kamera terus beralih dan melihat Beyonce memberikan ekspresi yang mengejutkan.


Powered by Blogger.