Berita Terkini
recent

Berita Putus Tunang Tidak Benar - Tauke

Menerusi BH online, pelawak, Tauke (Jambu) menegaskan ikatan pertunangan bersama wanita pilihannya, Nadia sejak Disember 2015 masih terjalin baik.

Jelas Tauke, banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya pada tahun ini juga.

"Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar. Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang.

"Perkahwinan bukanlah perkara remeh kerana ia membabitkan banyak perkara dan juga keluarga. Semuanya harus diselesaikan dengan baik kerana pelbagai pihak turut terbabit, jadi doakan semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya sendiri berharap dapat berkahwin dalam tahun ini juga kerana tidak mahu hasrat itu tertangguh lagi," katanya.

Tauke, 39, melangsungkan pertunangan dengan Nadia secara tertutup di rumah keluarga perempuan tersebut di Terengganu, pada 6 Disember 2015.
Powered by Blogger.