Berita Terkini
recent

Beraya Sampai Kena Halau Balik

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain berbakat dalam lakonan, Syafie Naswip juga seorang yang pandai memasak. Buktinya, jika setiap kali menjelang raya, tugasnya ialah memasak juadah raya untuk keluarga.

Menurut pelakon yang mula popular menerusi filem Mukhsin ini, selalunya dia akan dibantu adiknya akan memasak rendah dan menu istimewa, lontong goreng tomyam.

"Selalunya saya dan adik saya akan memasak juadah seperti rendang dan lontng goreng tom yam. Mak dan ayah saya, mereka akan kemas rumah. Selalunya rumah saya lah yang meriah dengan lampu kelip-kelip," katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai rutin di hari Syawal, kata Syafie, selain berkumpul dengan keluarga dan saudara mara, dia yang memanfaatkan kesempatan di hari raya dengan berkunjung ke rumah teman-teman lamanya.

"Kalau hari raya, saya memang bukan jenis yang duduk rumah saja. Saya akan pergi beraya.

Selain rumah saudara mara, saya akan cari kawan-kawan lama saya. Dan kalau duduk di satu-satu rumah tu memang lama, kadang-kadang sampai tuan rumah tertanya-tanya bila nak balik? Pernah juga sampai kena halau balik," cerita bintang filem Songlap ini sambil tertawa.

Tahun ini, Syafie tidak pulang beraya di kampungnya di Pulau Pinang dan hanya menyambut raya bersama keluarga di Kuala Lumpur.

"Kali terakhir kami balik raya di kampung tahun 2014. Tahun ini di sini saja," tutur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM25 ini.

Syafie akan muncul menerusi telemovie Kembalikan Syawalku yang akan ditayangkan di Astro Citra. Selain itu dua lagi telemovie lakonannya di saluran TV3 iaitu Ali pada raya kedua dan Surat Panjang Untuk Mak, pada raya keempat.
Powered by Blogger.