F Baju Raya Ala-Ala Kpop Aliff Syukri Jadi Bualan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Baju Raya Ala-Ala Kpop Aliff Syukri Jadi Bualan


ANDA semua dah ada baju raya ke? Agak-agaknya berani atau tidak kalau mencuba Baju Melayu tidak berlengan macam dipakai Datuk Aliff Syukri ni?

Tapi itulah antara koleksi baju raya ala-ala Kpop, pengasas produk D'herbs ini yang menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

Tindakan Aliff berkongsi posting koleksi pakaian rayanya itu menggunakan kapsyen "Baju koleksi raya saya tahun ni... smart tak??"  mengundang perbalahan.

Ada yang positif, tak kurang juga mengecam keberanian pengasas produk kesihatan D'Herbs ini.


Ini antara komen netizen yang ditinggalkan pada statusnya.

@_wafizz: Saya memang takde niat nak kutuk Dato apalagi di bulan puasa. Tapi baju ni memang tak sesuai la Dato.

@gtfocam: Oh my god, please don't..this is to much.

@nurr_arnisa: Takkan nak solat raya nampak bulu ketiak.

@iqmxn: Manalah pergi adat melayu yang sopan santun?

@imal46: Apa ni?? Mengarut!

Selain orang ramai, ikon fesyen iaitu Wak Doyok turut meninggalkan komen apabila namanya turut dikaitkan netizen dan dia berkata Aliff tidak salah memakai pakaian sedemikian kerana ia hanyalah singlet dalam untuk busana baju Melayu asli.

Dalam pada itu, netizen dilihat cuba menasihati Aliff dengan memberi pelbagai cadangan berkaitan statusnya itu.

Apa-apa pun... dalam melalui arus kemodenan ketika ini, mudah-mudahan kita tidak meminggirkan cici-ciri tradisional yang menjadi amalan.



Powered by Blogger.