Berita Terkini
recent

Ayu Raudhah, Zaquan selamat timang anak ketiga

PELAKON Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Perak, Zaquan Adha selamat menimang cahaya mata ketiga mereka pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Zaquan di laman Instgram miliknya.

"Alhamdulillah dengan izin ALLAH, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 pagi tadi. Syukur pada mu ya ALLAH," tulisnya.

Zakuan turut berkongsi foto puteri sulungnya itu.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3 tahun.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.