Berita Terkini
recent

‘Ayah Akan Rindu Nak Baca Quran Dengan Syahid’

Seperti sedia maklum semalam kita telah digemparkan dengan pemergian adik Syahid yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Syahid merupakan anak kepada salah seorang anggota kumpulan nasyid, UNIC, Bazli Hazwan.

Jika anda mengikuti perkembangan Syahid di akaun instagram Bazli pasti anda pernah menyaksikan beberapa video yang merakamkan Bazli sedang mengaji al-Quran bersama anaknya.

Semestinya sebagai seorang bapa, Bazli tentu amat merindui detik-detik indah itu bersama anaknya dan semalam Bazli telah berkongsi sebuah video bersama kapsyen yang menyayat hati.
“Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.,” tulis kapsyennya.

“Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan.

“Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti,” katanya.

Terdahulu, anak Bazli, Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi semalam di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah Syahid telah dimandikan di surau berdekatan Hospital Besar Kuala Lumpur dan jenazah dikafankan dan juga telah dibawa ke Masjid Jamiul Ehsan, Kampung kubu Gajah Sungai Buloh untuk disembahyangkan dan kemudiannya di bawa ke tanah perkuburuan berhampiran.
Powered by Blogger.