F Ariana Grande Dapat Status Warganegara Kehormat Manchester | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ariana Grande Dapat Status Warganegara Kehormat Manchester

Penyanyi Ariana Grande dianugerahkan penghormatan kewarganegaraan kehormat Manchester oleh Majlis Bandaraya Manchester.

Penghormatan itu diberikan selepas penyanyi berusia 23 tahun ini mengaturkan konsert One Love Manchester untuk mengumpul dana bagi membantu untuk mangsa insiden serangan pengganas yang berlaku sekitar Mei lalu.

Memetik laporan Aceshowbiz, pihak majlis bandaraya tersebut telah mencadangkan satu sistem baru, yang mana mereka akan mengiktiraf orang-orang yang meskipun bukan menetap di kota metropolitan itu tetapi telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada penduduk sekitarnya.

Presiden Sir Richard Leese memberitahu BBC News, "Ramai orang sudah melihat Ariana sebagai Mancunian kehormat. Ini adalah masa yang sesuai untuk kita menunjukkan cara kita menghargai orang-orang yang telah membuat sumbangan kepada kehidupan dan kesejahteraan bandar raya kita."

"Kami sangat berbangga dengan Manchester dan cara berdaya tahan serta sikap penyayang semua orang-orang yang prihatin dengan peristiwa dahsyat 22 Mei - dengan kasih sayang dan keberanian daripada kebencian dan ketakutan ... Ariana telah memberikan contoh yang terbaik," katanya lagi.

Menuurut Richard Lee lagi, pihaknya juga merancang untuk mengadakan acara untuk mengiktiraf "banyak lagi usaha yang tidak mementingkan diri sendiri hebat dan demonstrasi semangat masyarakat dalam selepas kekejaman."

Sementara itu, Ariana telah melancarkan single berjudul One Last Time sebagai lagu tribute untuk mangsa-mangsa serangan pengganas Manchester.

Dia membuat keputusan untuk melancarkan semula lgu yang pernah dikeluarkan pada tahun 2014 itu sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu mereka yang terlibat dengan insiden pengeboman yang telah mengorbankan 22 orang dan mencederakan 119 orang itu.

Ariana nekad untuk melancarkan semula lagu itu selepas mengadakan konsert amal ke One Love Manchester. Ia diadakan sebagai penghormatan kepada mangsa dan semua keluarga yang terlibat dengan kejadian pengeboman yang berlaku sejurus selepas Ariana selesai mengadakan konsertnya pada 22 Mei.

Untuk gig amal tersebut, Ariana turut disertai barisan rakan artis termasuk Justin Bieber, Miley Cyrus, Katy Perry, Pharrell Williams, Black Eyed Peas, Little Mix, Robbie Williams dan ramai lagi. Semua artis mengadakan persembahan secara percuma, manakala kos konsert itu tanggung oleh Nation Live.

Powered by Blogger.