F Ara Tak Kisah Dianggap Tiru Gaya Janna Nick | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ara Tak Kisah Dianggap Tiru Gaya Janna Nick

Penyanyi Ara Johari mengaku amat menyenangi personaliti dan gaya Janna Nick justeru dia menjadikan pelakon itu sebagai beliau sebagai idolanya.

Memetik laporan BH online, pelantun lagu Warkah Untukku itu berkata, biarpun baru saja mengenali Janna ketika menyertai AF2016, namun Ara mengagumi kredibiliti Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-30 (ABPBH 3.0) itu.

Dia juga tidak kisah jika dianggap meniru gaya pemakaian Janna.

"Saya tidak kisah sekiranya dianggap meniru gaya pemakaian Janna kerana memang saya menyenangi personaliti dan kredibilitinya.

"Tidak tahulah pula jika dia kurang selesa dengan hal itu, namun saya sendiri tak malu untuk mengakui hakikat berkenaan.

"Janna tidak pernah mempunyai gosip berkaitan hal peribadi dan kebanyakan cerita mengenainya membabitkan kerjaya saja. Malah, dia juga mempunyai bakat besar sebagai pelakon," katanya.

ot;1" />
Powered by Blogger.