F Anzalna seronok berlakon drama 100 episod | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Anzalna seronok berlakon drama 100 episod

SEJAK berada dunia seni selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/10 bersama Neelofa dan Izara Aishah, nama Anzalna juga tidak terlepas daripada perhatian pencinta seni tempatan.

Bagaimanapun, tidak semua memuji lakonannya, ada juga yang pesimis dengan persembahan bintang kelahiran Pulau Pinang ini.

Sebagai pendatang baru, Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir tidak mahu menjadikan isu tersebut sebagai satu bebanan.

Menyifatkan kritikan itu sebagai senjata paling ampuh untuk membuktikan kredibilitinya dalam lakonan, Anzalna kini sudah boleh menarik nafas lega apabila kehadirannya kian diterima.

Satu demi satu drama yang dilakonkan aktres ini menguji diri, hingga meletakkan namanya sebagai antara aktres berbakat besar

“Alhamdulillah, meski beribu pelakon baru yang datang, namun tawaran lakonan itu tetap ada. Saya masih lagi dapat perhatian penerbit dan pengarah.

Contohnya tahun lalu saya cuti panjang kerana berkahwin tapi tawaran berlakon itu masih ada. Itu bukti lakonan saya ada kesannya dan masih diingati," katanya yang berterima kasih kepada peminat sentiasa menyokong.

Seronok berlakon drama berepisod

Berkongsi perkembangan terbarunya, anak kedua daripada lima beradik ini memberitahu, dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama 100 episod berjudul Dendam Aurora yang bakal ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Tambah Anzalna, Dendam Aurora adalah drama adaptasi dari Itali bersama beberapa pelakon lain termasuk Nabila HUda dan Zila Bakarin.

Sebelum ini Anzalna pernah terlibat dalam Memori Cinta Suraya yang naskhahnya diangkat dari sebuah telenovela Mexico dan kali ini,

Anzalna ditemui Media Hiburan di pelancaran saluran TV membeli-belah terbaru, Laku Mall yang bersiaran menerusi Hypptv bermula 1 Jun lalu.

Pelakon cantik ini juga mengakui mengakui lebih selesa berlakon dalam sebuah drama panjang berbanding telemovie kerana pendedahan yang bakal diterimanya apabila disiarkan kelak.

“Seronoknya mungkin sebab pengalaman dalam Memori Cinta Suraya sebanyak 137 episod memberi satu pengalaman berbeza. Tambahan pula saya dapat mengumpul peminat luar negara.

“Yang bestnya, ada di antara mereka yang memberikan komen khasnya di Instagram dalam bahasa tempatan.

“Meski saya tidak faham, tapi setidak-tidaknya memberi gambaran lakonan saya mendapat perhatian peminat luar negara. Itulah impak yang saya terima bila Memori Cinta Suraya turut ditayangkan di negara orang.

“Kayu? Semua bermula dari bawah…”

Ditanya pendapatnya mengenai sesetengah pelakon baru yang dianggap ‘kayu’, Anzalna berkata, dia tidak pernah merasakan seseorang pelakon baru itu terjun ke dunia lakonan dan terus menjadi hebat.

Bagi aktres ini, lakonan adalah suatu proses pembelajaran yang seterusnya mematangkan diri pelakon tersebut untuk memberikan yang terbaik.

“Buat apapun, kita kena bermula dari bawah. Jadi untuk capai apa yang disasarkan, kita kenalah belajar dan terus belajar. Sama juga dalam lakonan, sebagai pelakon baru, mereka tiada pengalaman di set.

“Malah kalau saya berlakon dengan pelakon baru sekalipun, saya cuba faham situasi mereka sebab saya pun pernah berada di tempat mereka. Its okay untuk shoot banyak take pun sebab dari situlah, mereka akan belajar.

Kata Anzalna, tidak adil untuk mengadili seseorang pelakon itu ‘kayu’ atau tidak kerana mereka perlu masa  untuk membuktikan sesuatu.

Powered by Blogger.