Berita Terkini
recent

Aliff Di Serbu Kerana Kurung Dodi Dalam Tandas

Kerana tersebarnya sebuah video yang memaparkan Datuk Aliff Syukri menempatkan kucing kesayangannya di dalam sebuah tandas, Aliff telah diserbu oleh dua agensi penguat kuasa di rumahnya semalam.

Kejadian itu berlaku pada sekitar10 pagi tadi. Aliff yang telah diserbu oleh 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan Selangor berkata terkejut apabila pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap kucing baka Savannah.

Menurut jurucakap penguat kuasa veterinary, operasi itu mengambil masa kira-kira satu jam untuk melakukan pemeriksaan terhadap haiwan tersebut.

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.

“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.
Menurut juru cakap itu lagi, mereka dapati Aliff Syukri tidak melakukan sebarang penderaan sebaliknya menasihatinya untuk menambahbaik tempat peliharaan Dodi.

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.

“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya.

Walaupun kesal dan terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan sehinggakan dirinya diserbu oleh penguat kuasa, Aliff tetap bersyukur dan menarik nafas lega kerana berjaya membuktikan beliau tidak melakukan sebarang penderaan terhadap haiwan tersebut.

Malah, menurut Aliff, melihat saiz haiwan tersebut yang lebih besar daripada tumbesaran yang sepatutnya, Aliff telah dinasihatkan untuk kurangkan kuantiti makanannya.

Bukan itu sahaja, Jutawan D’Herbs ini juga diminta untuk menyediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi.

Selepas bebas dari segala tuduhan, Aliff berharap para netizen untuk berhenti menuduhnya dengan pekaran yang tidak benar.

Tonton video penjelasan Datuk Aliff Syukri mengapa dia meletakkan ‘kucing ajaib’ di dalam tandas.
Powered by Blogger.