Berita Terkini
recent

Adinda Sultan Selangor mangkat

Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat pada kira-kira  4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

"Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi esok.


"Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu,  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.

Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan. - Bernama

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.