Berita Terkini
recent

Adele Jenguk Mangsa Tragedi Menara Grenfell

Tragedi kebakaran yang berlaku di Menara Grenfell, Nothing Hill, London, turut mencuri perhatian penyanyi Adele. Kurang 24 jam selepas kejadian menyayat hati itu, pelantun lagu Hello ini meluangkan masa menjenguk mangsa.

Laporan media antarabangsa menyebut, Adele datang ke lokasi tersebut bersama suaminya, Simon Konecki.

Dalam beberapa gambar dirakamkan oleh orang awam, Adele kelihatan sedih dan emosi sambil memeluk beberapa mangsa di khalayak ramai. Pada satu ketika, dia boleh dilihat cuba untuk mengelap air matanya.

Sikap prihatin Adele menyentuh hati banyak pihak sekaligus mendapat komen positif daripada pengguna media sosial.


"Suka kerana dia tidak tweet mengenai kejadian itu sebaliknya mengambil tindakan ("Love how she doesn't tweet about it & takes action instead), komen seorang peminat.

Hanya kerana artis tidak tweet tidak bermakna mereka tidak peduli. Merendah diri @Adele (Just bc artists don't tweet doesn't mean they don't care. Humble queen @Adele)," tulis seorang lagi peminat menulis.

"Adele pergi sendiri ke tempat kejadian untuk bertanya jika sesiapa memerlukan bantuan. Dia benar-benar mempunyai jiwa yang indah ("Adele literally went in person to the scene of a tragedy to ask if anyone needed help. She really has a beautiful soul)," komen seorang lagi.

Sementara itu, selebriti seperti Lily Allen, Tamara Ecclestone dan Jamie Oliver memuat naik status di laman sosial Instagram, memaklumkan mereka mahu menawarkan bantuan kepada mangsa.


Pada 14 Jun lalu, belaku kebakaran di pangsapuri setinggi 24 tingkat di tengah ibu kota England itu yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencederakan lebih 70 orang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.