Berita Terkini
recent

Adam nafi dakwaan bercerai

PELAKON filem Juvana, Adam Shah terkejut dengan dakwaan mengatakan isterinya, Fatin Afifah memfailkan permohonan cerai selepas dikatakan tidak tinggal sebumbung.

Adam ketika dihubungi menafikan dakwaan itu dan menjelaskan mereka berbuat demikian kerana dalam proses berpindah rumah.

"Ia adalah fitnah yang tidak masuk akal dan mengarut. Saya dan isteri masih bersama dan bahagia bersama anak-anak.

"Sebenarnya kami tinggal berasingan bukan kerana tidak lagi bersama tetapi dalam proses untuk berpindah rumah. Saya sudah menukar persekolahan anak-anak yang berdekatan dengan rumah dan keluarga mentua.

"Bagaimanapun, ketika mahu berpindah sebelum Ramadan lalu, saya mengalami masalah apabila kontrak rumah yang kami tinggal sekarang belum tamat. Ia menyebabkan isteri terpaksa tinggal di rumah keluarganya, manakala saya berulang alik menziarahi isteri apabila tiada sesi penggambaran," katanya.

Menurut Adam, secara jujurnya dia sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara berkenaan sehingga ia tersebar.

Berita itu makin diperkatakan selepas Fatin dikatakan turut memadam gambar mereka berdua di Instagram.

Ditanya mengenai perkara itu, Adam Shah berkata, dia tidak pernah terasa hati apabila isterinya bertindak demikian.

"Saya tidak pernah berkecil hati kerana saya faham benar dengan perangainya. Dia akan memadam gambar yang dirasakan sudah tidak perlu di Instagram. Lagipun dia ada dua akaun Instagram," katanya.

Adam berkata, dia seakan dapat mengagak dan mengenali penyebar gosip terbabit dan tidak akan memaafkan individu berkenaan.

"Jujur saya tidak akan memaafkannya kerana tergamak menyebar fitnah dan memporak-perandakan rumah tangga saya sedangkan saya hanya bergurau ketika itu.

"Hanya dia seorang saja yang saya bercerita hal ini. Saya tak sangka dia sanggup berbuat demikian sehingga tergamak untuk masuk campur hal rumah tangga keluarga mentua, anak dan isteri," katanya.
Powered by Blogger.