F Adakah Alif Satar & Neelofa Mampu Jadi Fenomena? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Adakah Alif Satar & Neelofa Mampu Jadi Fenomena?

BELUM sempat lagi menjalani penggambaran Red Velvet, drama itu dikatakan bakal menjadi fenomena baru.

Malah, peminat sudah mewujudkan hastag baru #Alofa  di laman sosial gabungan dua pelakon drama tersebut iaitu Alif Satar dan Neelofa.

Malah #Alofa mula dipenuhi oleh pengikut di Instagram sejak minggu lalu. Bersemangat peminat Alif dan Neelofa berkempen di laman sosial untuk promosikan drama itu.

Jika Alif dan Siti Nordiana pernah mencetus fenomena luar biasa menerusi drama lakonan mereka iaitu Dia Semanis Honey, tidak mustahil gabungan aktor itu dengan Neelofa mampu mengatasi kejayaan drama yang dibintangi mereka sebelum ini.

Neelofa pernah menjadi fenomena selepas digandigkan dengan Fattah Amin dalam Suri Hati Mr. Pilot.
Keserasian dan kisah percintaan Neelofa dan Fattah Amin menjadi faktor utama drama SHMP mencipta kejayaan drama paling popular ketika itu.


Sememangnya, gandingan kali ini membuatkan peminat mereka berdua ternanti-nanti, terutamanya peminat Neelofa kerana dia pernah menolak tawaran berlakon drama Hero Seorang Cinderella.
Agak-agaknya, #Alofa mampu atau tidak mengatasi fenomena #Lofatta dan #Fattzura?

Alif dan Neelofa dijadulakan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet  selepas sambutan hari raya Aidilfitri depan.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


ot;1" />
Powered by Blogger.