F Ada Hantu Belakang Wany Hasrita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ada Hantu Belakang Wany Hasrita

DI laman sosial heboh sejak Isnin apabila gambar yang dirakamkan penyanyi Wany Hasrita wujud imej wanita berambut panjang di belakangnya dipercayai 'hantu'.

Namun penyanyi Menahan Rindu itu berkata, perkara itu tidak benar dan ia sekadar gurauan pengguna media sosial.

"Mana ada hantu, itu semua mereka sunting sahaja, kalau lihat gambar asal tiada apa-apa pun di belakang saya.

"Gambar itu diambil tahun lalu, entah mengapa baru disunting dan mereka letak imej hantu pula. Tapi saya sudah jelaskan di ruangan komen gambar tersebut supaya peminat tidak mempercayainya," ujar Wany .



Dalam pada itu, Wany berkata, dia tidak mengambil serius perkara berkenaan kerana bukan perkara besar.

Namun dia mengakui bimbang perbuatan suntingan gambar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan tidak baik.

"Dalam hal ini mereka sengaja ingin bergurau tapi secara jujurnya memang ada rasa bimbang kerana gambar suntingan seperti ini jika disalah guna akan jadi lebih teruk.
"Ia seperti melibatkan kes-kes artis beberapa hari ini yang mana boleh menjejaskan imej mereka," ujarnya.


ot;1" />
Powered by Blogger.