F 4 Jam Selepas Discharge, Awal Hadiri Majlis Berbuka | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

4 Jam Selepas Discharge, Awal Hadiri Majlis Berbuka

Biarpun baru sahaja dibenarkan keluar wad selepas menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari sempat meluangkan masa menghadiri majlis buka puasa dan sidang media Program Syawal TV3 & TV9.

Menurut Awal, dia baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital pada jam 2 petang dan mengambil keputusan menghadiri majlis berkenaan sebagai tanda sokongan.
Alhamdulillah saya dah selamat menjalani pembedahan di mana tiga lubang telah ditebuk untuk mengeluarkan hempedu saya.

Saya sebenarnya dah alami sakit pada abdomen dan tulang rusuk sejak remaja lagi, tapi hanya ingatkan sakit biasa sahaja,” ujarnya kepada Kakigosip.

Tambah Awal, selepas ayahnya dimasukkan ke hospital selepas dikesan mempunyai tumor di usus, dia terpanggil untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.

Apabila membuatkan pemeriksaan secara menyeluruh itulah doktor mengesan ada batu di dalam hempedu saya dan hempedu saya juga sudah mula membengkak disebabkan batu tersebut sudah bergumpal menjadi batu besar.

Biasanya batu dalam hempedu hanya pasir atau batu kecil sahaja, tapi disebabkan saya dah lama menghidap penyakit ini tanpa saya ketahui, jadi ia sudah bergumpal.

Jadi doktor memang kata jalan terbaik adalah buang hempedu dan saya akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan pada bulan puasa bagi mengelakkan sakit berpanjang dan keadaan makin bertambah teruk,” jelasnya.

Powered by Blogger.