F 10 Tahun Tak Jamah Daging Lembu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

10 Tahun Tak Jamah Daging Lembu

Penyanyi veteran Sahara Yaacob, mendedahkan, disebabkan kesempitan hidup, beliau pernah ‘mengidam’ untuk menjamah hidangan daging lembu yang tidak pernah disentuh selama 10 tahun.

Bercerita mengenai kesukaran hidup, orang ramai telah mengetahui keadaan saya sebelum ini. Bagaimanapun, pengalaman paling sukar untuk dilupakan adalah sewaktu saya teringin menikmati hidangan daging lembu.

"Pernah suatu ketika saya tidak menjamah daging lembu selama 10 tahun. Daging lembu agak mahal, jadi keinginan itu ditolak ke tepi demi memastikan perbelanjaan harian mencukupi. Waktu itu saya kerap menjamah mee segera dan roti sahaja," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Selepas kisah keperitan hidupnya mendapat perhatian ramai hampir setahun lalu, Sahara bersyukur kerana kehidupannya kini berjalan dalam keadaan baik.

Meskipun demikian, penyanyi berusia 61 tahun itu tetap tidak dapat melupakan kenangan ketika menjadi penghuni sebuah bilik stor di Hulu Langat, Selangor.

"Alhamdulillah, pada Aidilfitri kali ini saya berpeluang untuk meraikannya di kediaman baharu yang pastinya merupakan pengalaman berbeza berbanding dahulu," katanya yang kini juga banyak menerima undangan pentas.

Sungguhpun rezekinya kini semakin murah, Sahara mengakui beliau harus bijak dalam pengurusan kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Powered by Blogger.