F 10 Selebriti Hollywood Yang Benci Taylor Swift? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

10 Selebriti Hollywood Yang Benci Taylor Swift?

Siapa kata menjadi popular itu mudah? Taylor Swift, antara selebriti paling muda di Hollywood ini jugaterima pelbagai kutukan dan halangan untuk terusberjaya mengejar cita-cita.
Bukan sahaja dibenci oleh para haters, Taylor juga terpaksa berdepan dengan momen ‘dibenci’ oleh rakan-rakan selebriti yang lain. Ini adalah antara 10 nama yang pernah menghentam Taylor secara terang-terangan dan mungkin tidak akan berbaik dengan penyanyi Blank Space ini. But why?

# 1 : JOHN MAYER
Mereka berdua pernah dikhabarkan bercinta sewaktuTaylor berusia 19 tahun manakala John, 32 tahun namun hubungan tidak berpanjangan. Taylor telah meluahkan kekecewaannya melalui sebuah lagu “Dear John” dan menganggap John mengambil kesempatan atas usianya. Mendengar setiap bait lirik yang dicipta, John terasa dan agak marah dengan bekas kekasihnya itu serta menganggap Taylor sengaja memalukannya melalui sebuah lagu.

# 2 : CHLOE GRACE MORETZ
Suatu ketika dahulu Taylor pernah mengajak Chloe untuk menyertai geng ‘Girl Squad’nya namun Chloe menolak kerana menganggap kumpulan tersebut terlalu high end dan bertentangan dengan cara dan kepercayaannya untuk menjadi individu yang serba sederhana. Opppssss!

# 3 : CAMILLA BELLE
Pelakon When a Stranger Calls ini pernah menjadi mangsa kutukan Taylor dalam sebuah lagu “Better Than Revenge”, Camilla terus menjadi salah seorang ‘Anti- Taylor’ apabila berpihak kepada Nicky Minaj sewaktu perang Twitter Taylor yang hangat diperkatakan.

# 4 : MILEY CYRUS
Sewaktu membuat persembahan di 2013 MTV VMA, penyanyi yang terkenal dengan sikap lantangnya ini bersama rakan duetnya Robin Thicke’s pernah menggelarkan Taylor sebagai “grotesque”. Selain itudia juga ada berkata Taylor adalah seorang puteri ais yang meminjam rambut Harry Styles. Auchhhhh!

# 5 : ZAYN MALIK
Walaupun Zayn punyai lagu hits bersama Taylor iaitu Don’t Wanna Live Forever, Zayn pernah retweed satu kenyataan daripada Miley Cyrus yang sedang mengutuk Taylor. Sejak itu, ramai yang mula menganggap Zayn merupakan salah seorang Anti-Taylor juga.

# 6 : TINA FEY & AMY POEHLER
Siapa yang tidak tahu tentang percintaan Taylor yang suka bertukar-tukar pasangan dan menjadikan bekas kekasihnya sebagai satu eksperimen berkarya. Jadi di dalam sebuah majlis anugerah Golden Globes 2013, kedua pengacara ini telah memerli Taylor dengan berkata “Taylor, sila jauhkan diri anda dengan anak lelaki Michael J. Fox’s!”.

# 7 : JUSTIN BIEBER
Jangan terkejut, selebriti yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu ini juga pernah memerli Taylor dengan memuat naik sekeping gambar panggilan video bersama Kanye dengan menggunakan caption “Taylor Swift What Up”. Ini adalah salah satu cara Justin membuktikan yang dia langsung tidak berminat untuk menyebelahi Taylor atas pergaduhanyang tercetus antara Kanye dan Taylor.

# 8 : KENDALL JENNER
Apabila Kim Kardashian mendedahkan satu perbualan rekod antara Taylor dan suaminya Kanye berkenaan persetujuan untuk meletakkan namanya dalam lagu“Famous”, Kendal bertindak likes semua tweet-tweet ‘anti-Taylor’ sebagai tanda protes terhadap penyanyi tersebut.

# 9 : PHARRELL WILLIAMS
Sewaktu acara Billboard Music Awards berlangsung, satu rakaman pendek taylor sedang menari dapat perhatian ramai. Malangnya, mereka bukanlah memuji Taylor, para netizen lebih tertumpu pada reaksi Pharell yang memandang gelagat Taylor melalui hujung matanya. Seriously Pharrell sukar menyembunyikan perasaan menyampahnya ketika itu. Hahaha…

# 10 : DEMI LOVATO
Bila di tanya tentang persengketaan antara mereka berdua, Demi menjawab “Ada setengah perempuan yang mungkin saya tidak serasi bersama dan itu tiada masalah”.
So pada pandangan korang betul ke mereka semua ni memang Anti-Taylor?
ot;1" />
Powered by Blogger.