Berita Terkini
recent

Zayn Malik Berkerusi Roda, Timbul Tanda Tanya Peminat

PEMINAT penyanyi Zayn Malik tertanya-tanya berhubung keadaan bekas anggota kumpulan One Direction itu apabila dia dilihat berkerusi roda ketika berada di New York baru-baru ini.

Zayn, 24,  turut tidak memakai kasut pada kaki kirinya yang dilihat berbalut dan ditutup menggunakan sarung kaki sahaja.

Jurucakap penyanyi itu mendedahkan Zayn mengalami kecederaan pada bahagian kakinya namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kecederaan dialaminya.

"Ya, dia tercedera tetapi ia tidak membimbangkan," kata jurucakapnya seperti dilaporkan E Online.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.