Berita Terkini
recent

Yoochun Disuruh Kahwin Dalam Tandas

Selepas peminat dikejutkan dengan berita beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya tidak lama lagi, nama penyanyi dan pelakon Yoochun sekali lagi menjadi bahan kutukan netizen Korea.

Meski banyak menerima kritikan pedas, ramai peminat tidak sabar menantikan ketibaan hari bahagia anggota kumpulan JYJ bersama kekasinya yng dikenali sebagai bernama Hwang Hana.

Ramai peminat sudah mula menempah bilik di sebuah hotel yang dikatakan akan menjadi lokasi perkahwinan Yoochun dan Hwang Hana.

Bagaimanapun, Yoochun mengambil tindakan lebih awal dengan memutuskan untuk mengubah lokasi majlis perkahwinannya.

Demi memastikan segalanya berjalan lancar, Yoochun dan bakal isterinya memutuskan akan berkahwin di sebuah lokasi yang dirahasiakan di Gangnam.

Keputusan itu ternyata malah mendapat pelbagai reaksi, sindiran dan kritikan pedas dari netizen.

Pernah terpalit dengan kontroversi skandal dan gangguan seksual, sebilangan netizen mengakui tidak percaya bahawa Yoochun masih mempunyai ramai peminat. Pada masa sama, netizen menyarankan Yoochun dan Hana mengadakan majlis perkahwinan mereka di dalam tandas.

"Tidak ada yang peduli tentang ini. Rasa tak percaya dia masih mempunyai peminat," komen seorang netizen.

"Kenapa masih peminat yang datang ke majlis perkahwinannya? Mereka mahu menutup semua tandas untuk Yoochun ya? Hahaha," tambah lainnya.

"Kalau tidak mahu diserbu peminat, kahwin saja di luar negeri. Atau kahwin saja di dalam tandas mewah," sindir seorang lagi netizen.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.