Berita Terkini
recent

Wak Doyok Belum Terfikir Cari Pengganti

Ikon fesyen, Wak Doyok, 36, mengakui buat masa ini dia belum berfikir untuk mencari pengganti selepas hubungannya dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim berakhir tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, ini berkata, buat masa ini dia belum berfikir secara serius mengenai soal peribadi kerana sedar jika dia bercinta ia akan menggangu kariernya yang sedang berkembang maju.

"Buat masa ini rasanya lebih baik saya fokus kepada karier saya sahaja tambahan pula sekarang memang tengah banyak perkara yang perlu saya uruskan.

"Bimbang pula kalau bercinta, fokus terganggu kerana percintaan dan karier bukannya boleh dicampur-adukkan.

"Tetapi itu bukanlah bererti saya serik cuma akan bercinta apabila tiba masa sesuai," katanya.

Sementara itu mengenai perkembangan kerjaya, Wak Doyok kini menantikan kemunculan filem pertama lakonannya iaitu Abang Long Fadil 2 yang dijangka berada dipawagam pada September depan.

Selain itu Wak Doyok memperkenalkan koleksi terbaharu baju Melayu rekaannya menerusi jenama Wak Doyok. Tahun ini dia mengeluarkan sebanyak 100,000 pasang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.