F Tuah tubuh kecil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tuah tubuh kecil

SELESA berambut panjang hingga paras dada, Eyka Farhana bagaimanapun bersedia ‘mengorbankan’ rambutnya demi memenuhi tuntutan watak.

“Saya dah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Jadi, tak ada masalah potong rambut.

“Lagipun, kalau itu karakter yang pengarah dan penerbit nak, kenapa tak saya melakukannya?,” katanya pada Media Hiburan ketika ditemui di siri jelajah #dramasangat baru-baru ini.

Pun begitu, pemilik nama penuh Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi ini mengakui tidak akan berambut pendek sewenang-wenangnya.

“Saya potong rambut hanya untuk penuhi kehendak watak. Jadi, kalau tiada tawaran, saya takkan lakukan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai karier seni, Eyka mengakui masih menerima watak yang lebih bersifat remaja dan ringan biarpun usia sudah mencecah 22 tahun.

“Mungkin sebab saya bertubuh kecil dan muka pun keanak-anakan, jadi saya kerap ditawarkan watak begitu.

“Orang kata rezeki jangan ditolak, jadi saya positif apabila terima setiap tawaran.

“Saya masih melakukannya tapi kali ini lebih bergantung kepada story line cerita itu,” katanya.



Namun, dalam diam, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengimpikan untuk membawakan watak wanita dewasa sekali gus mempunyai penghayatan yang lebih mendalam bagi menguji kemahiran lakonannya.

“Lagipun, belum cuba belum tahu. Kalau diberi peluang, Insya-ALLAH, saya akan berikan yang terbaik,” katanya.

Walaupun masih muda, pelakon filem Polis Evo ini juga berhasrat menceburi bidang perniagaan demi masa depan dan kini masih dalam perancangan.

Dalam perkembangan lain, Eyka juga bakal muncul dalam drama bersiri, Bahagia Kasihmu di TV9 Jun nanti.

Selain itu, bintang filem Juvana 3 ini juga banyak menerima tawaran berlakon filem seperti Safari Mall, Lekir dan Polis Evo 2.
ot;1" />
Powered by Blogger.