Berita Terkini
recent

Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR

Polis mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengemas kini dan melengkapkan kertas siasatan ke atas syarikat skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) berpangkalan di Pulau Pinang yang diserbu, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan meneliti segala dokumen syarikat itu sebelum tindakan lanjut diambil di bawah akta yang diperuntukkan antaranya Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Menurutnya, polis mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit setelah risikan yang dijalankan sebelum ini mendapati, berlakunya aktiviti perniagaan meragukan yang agak serius.

“Dibimbangi sekiranya tiada tindakan awal diambil, kes ini akan melibatkan lebih ramai mangsa dan jumlah wang yang lebih besar.


“Serbuan yang kita buat termasuk rampasan dokumen serta pembekuan akaun syarikat berkenaan untuk memberi laluan kepada siasatan polis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Serbuan Jumaat lalu dilakukan bersama pasukan siasatan Pnegubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pasukan penguatkuasaan Pemulihan Hasil negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security Malaysia.

Setakat ini, 19 individu iaitu 15 pekerja dan empat pelabur berusia 23 hingga 40 tahun ditahan untuk proses dokumentasi dan merakamkan keterangan.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah tujuh unit komputer serta dua komputer riba, mesin pengira wang, televisyen, perakam kamera litar tertutup (CCTV), wang tunai RM3,300 dan ratusan dokumen syarikat JJPTR.

Terdahulu, Noor Rashid merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke-19 di Dataran Kawad Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.