Berita Terkini
recent

Tetap Curi Tumpuan Walau Pakai Dress Murah

Pelakon remaja, Kim Yoo Jung berjaya mencuri tumpuan umum sekaligus mendapat pujian antara aktres yang tampil cantik meskipun dia hanya mengenakan gaun labuh murah.

Gadis berusia 17 tahun ini membuat penampilan ketika di acara karpet merah anugerah Baeksang Arts Awards 2017 yang berlangsung di Seoul, Korea, kelmarin.

Jika sederet selebriti wanita lain memilih menggayakan gaun rekaan daripada pereka terkenal, berbeza dengan bintang drama Love in the Moonlight ini yang menggayakan gaun labuh dari H&M.

Memetik laporan Soompi.com, Kim Yoo Jung mengenakan dress yang bernilai 290 ribu Won (kira-kira RM1,104). Bagi seorang bintang popular sepertinya, harga baju tersebut dianggap murah.

Apapun, Yoo Jung telah membuktikan, dia tida perlu bergaya dengan dress yang terlalu mahal untuk kelihatan cantik sebaris dengan selebriti lain pada malam acara tersebut.

Lebih bangga, Kim Yoo Jung turut memenangi anugerah kategori Aktres TV Paling Popular, pada acara berkenaan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.