F 'Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau...' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

'Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau...'

Melihat rumah jiran yang bercahaya pada waktu siang akibat lampu tidak ditutup akhirnya menemukan seorang mayat lelaki di dalam rumah itu dalam keadaan busuk dan berulat di Kampung Seri Pilah, Senaling, 6.15 petang semalam.

Mohd Nadzri Zainun, 61, terkejut apabila melihat jirannya, Norman Shah Mohamad Nasir, 36, dalam keadaan badannya berulat setelah tiga hari tidak keluar dari rumah.

“Menjadi rutin harian, saya akan melihat Norman keluar rumah sama ada untuk pergi bekerja atau pun ke kedai.

“Bukan itu sahaja, saya juga lihat dia setiap petang duduk di luar rumah sambil bernyanyi,” katanya.

Namun sejak kebelakangan ini, Mohd Nadzri jarang bertemu dengan Allahyarham tetapi tidak mengesyaki sebarang perkara buruk menimpanya.

“Norman, seorang jiran yang baik, dia sering melaungkan azan di surau berhampiran ketika masuk waktu solat.

“Saya ada juga terdetik di hati, apabila tidak mendengar suaranya tatkala masuk waktu solat dan tidak bertemunya di surau.

“Atas rasa curiga dan bimbang, saya telah mengajak isteri untuk pergi ke rumah Norman yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah saya.

“Alangkah terkejutnya, kami ternampak tubuh Norman terbaring kaku dan tidak bernyawa malah telah berulat serta berbau busuk. Rambutnya juga telah mula gugur,” katanya ketika ditemui di kampung Seri Pilah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan lanjut mendapati, tiada unsur jenayah ditemui di kawasan rumah berkenaan dan bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.