F Tanggung Yuran Tuisyen, Kos Pinjaman Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tanggung Yuran Tuisyen, Kos Pinjaman Peminat

Disebalik kisah sensasi dan kontroversi yang sering dicetuskan Nicki Minaj, namun penyanyi yang popular dengan lagu No Frauds ini sebenarnya seorang yang baik hati.

Ada saja perkara di luar kotak yang dilakukannya demi mendekati peminat selain berbakti kepada mereka.

Terbaru, penyanyi berusia 34 tahun itu beramal menerusi media sosial secara rawak untuk meringankan beban peminatnya yang masih bersekolah.

Dengan hanya menggunakan akaun Twitter, Nicki yang memiliki lebih 20 juta pengikut membayar kos pinjaman, tuisyen, serta keperluan kelas mereka.

Penyanyi No Frauds itu memulakan misi berkenaan selepas seorang peminat bertanya kesudiannya membayar kos tuisyen.

Jawapan yang diberikan Nicki mengejutkan peminat itu.

“Buktikan kamu memperoleh keputusan cemerlang dalam semua subjek dan saya boleh sahkan dengan sekolah dan jika benar saya akan bayar kos tuisyen. Siapa lagi yang mahu turut serta dalam pertandingan ini? Saya benar-benar serius mahu membantu,” kata Nicki.

Meskipun hanya sekadar menjawab pertanyaan peminat, Nicki mengotakan janjinya itu.

Bahkan Nicki menawarkan bantuan kepada peminatnya yang lain dan meminta mereka menghantar mesej peribadi ke akaun Twitternya.

Dia turut mengenakan syarat supaya peminat telus ketika memaklumkan kos yang perlu ditanggung.

Setiap peminat layak diberikan bantuan RM4,330 (AS$1,000) setiap seorang.

"Ini sangat menyeronokkan. Biar saya lunaskan bayaran itu esok dan lihat nanti berapa baki duit yang saya ada,” katanya yang berhasrat meneruskan misi bantuan itu dua bulan sekali.
InstaForex
Powered by Blogger.