F Tak Tahan Dikritik, Soyou Nekad Jumpa Pakar Bedah Plastik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tak Tahan Dikritik, Soyou Nekad Jumpa Pakar Bedah Plastik

Anggota kumpulan Sister, Soyou, mengakui beliau pernah berjumpa dengan seorang pakar bedah plastik bagi mendapatkan khidmat rundingan selepas menerima banyak kritikan pedas daripada netizen terhadap dirinya.

Menurut pemilik nama sebenar Kang Ji Hyun ini, beliau mula terbuka hati dan mempertimbangkan mengenai rawatan pembedahan plastik gara-gara tidak tahan selepas membaca banyak komen yang diterima menerusi laman sosial yang mengkritik soal penampilannya.

"Saya cuba untuk menurunkan berat badan, tetapi saya tidak boleh. Jadi saya pergi berjumpa dengan pakar bedah plastik," akui penyanyi berusia 25 tahun ini ketika muncul dalam program Radio Star, terbitan stesen MBC.

Tambahnya lagi, dia merasakan mulutnya agak lebar, justeru dia mula mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan plastik.

Lebih mengejutkan, Soyou mengaku dia sebenarnya telah pun menjalani pembedahan pada bahagian mulutnya.
ot;1" />
Powered by Blogger.