F Tak mahu peserta dalam zon selesa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tak mahu peserta dalam zon selesa

Astro menafikan program realiti terbitannya, Gema Gegar Vaganza (GGV) tidak lagi mempertaruhkan lagu nasyid dan berunsur keislaman dalam program itu.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, apa yang dilakukan itu ialah sebahagian daripada cabaran yang perlu dilalui peserta.


Netizen mula mengkritik program berkenaan di laman sosial apabila Azmi Caliph Buskers membawakan lagu I Believe I Can Fly nyanyian asal R Kelly, baru-baru ini yang dikatakan bukan lagu berunsur keislaman.

Raqim berkata, pihaknya mahu semua peserta untuk keluar dari zon selesa mereka.

“Nasyid adalah genre 'makanan' mereka. Jadi, ia akan jadi sangat mudah buat mereka.

“Bagaimanapun, kita masih senaraikan lagu-lagu nasyid untuk dipersembahkan peserta pada konsert mingguan seterusnya," katanya.

Menurut Raqim, tema utama yang diangkat GGV ialah Dalam Lagu Ada Makna.

"Menerusi tema itu, walaupun lagu yang dipersembahkan bukan lagu nasyid atau ketuhanan, ia masih lagi menyebarkan mesej positif.

"Dalam konsert minggu ini, akan ada peserta yang menyampaikan lagu Bertakhta di Hati dan mesejnya adalah mengenai kecintaan kepada ibu dan isteri," katanya.

Raqim berkata, dia berharap supaya persepsi masyarakat akan berubah selepas ini seiring dengan mesej positif ingin disampaikan.
ot;1" />
Powered by Blogger.