Berita Terkini
recent

Tak Berhasrat Wujudkan IG Anak

Jika kebanyakan selebriti terbuka mewujudkan akaun instagram (IG) untuk anak-anak mereka namun berbeza dengan pelakon Faezah Elai yang menolak untuk mewujudkan apa-apa laman sosial untuk anaknya.

Memetik laporan mStar online, Faezah berkata, dia lebih senang jika gambar anak-anaknya dikongsi menerusi instagram miliknya.

"Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak. Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.

"Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi ‘poyo’ pula. Biarlah mereka membesar secara normal,” katanya.

Hasil daripada perkahwinan dengan suaminya, pengarah Heykal Hanifah, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrika, 2.

Dalam pada itu, Faezah mengatakan bahawa biarlah dia sahaja yang terlibat dalam bidang seni ini dan tidak mahu anak-anaknya untuk masuk ke dalam industri yang penuh glamor ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.