Berita Terkini
recent

Tahniah Nanasheme

Bintang popular Youtube tempatan, Nanasheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 22, menerima Diploma Bangunan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Penyanyi berusia 22 tahun yang popular dengan lagu berjudul Hantu Atau Buaya itu antara 1,545 graduan yang menerima menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing pada konvokesyen yang disempurnakan Pro-Canselor UiTM Datuk Seri Safri Awang Zaidel.


Nanasheme berkata, pembabitan dalam bidang nyanyian tidak pernah menjadi halangan kepadanya untuk berjaya dalam pelajaran.

“Kehidupan sebagai penyanyi tidak pernah mengganggu masa saya belajar. Hanya ketika hujung minggu saya isi dengan undangan nyanyian, manakala pada hari biasa saya akan fokus kepada pelajaran

“Kejayaan ini juga hasil sokongan keluarga yang memahami pembabitan saya dalam bidang nyanyian,” katanya.
Powered by Blogger.