F Syatilla Selamat Lahirkan Bayi Lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Syatilla Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada aktres wanita terkenal Syatilla Melvin yang telah selamat melahirkan putera sulungnya pagi tadi.

Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin telah berkongsi gambarnya bersama suami tercinta, Shaheizy Sam di akaun instagram milliknya dimana mereka berdua sedang menanti saat kelahiran di dalam bilik bersalin.

Kapsyen di gambar tersebut tertulis,

"30min yg lepas, alhamdulillah syukur ya allah!! thank u syg @shaheizy_sam"

Perkongsian gambar tersebut mendapat ribuan komen yang mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang kini sudah bergelar sebagai ibu dan bapa.

Ibu kepada Sam, Kathy Fauziah juga turut berkongsi kegembiraan dengan kelahiran cucu lelakinya di akaun instagram miliknya


"Alhamdulillah.. selesai sudah.. Hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki #samjunior Tahniah anakanda2ku @shaheizy_sam & @samtilla" tulis kapsyennya.

Tahniah diucapkan kepada Syatilla dan Sam. Semoga putera sulung mereka ini membesar dengan sihat dan didoakan dengan kelahiran bayi sulung ini bakal menambahkan lagi rasa kebahagiaan dalam rumah tangga mereka berdua.

Sementara itu, sebelum Syatilla melahirkan bayinya, dia sempat berkongsi gambar 'maternity shoot' di akaun instagramnya semalam.


Untuk info, pasangan ini telah selamat bernikah pada bulan Februari 2016 bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Mereka berdua telah dinikahkan oleh, Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah. Dalam majlis tersebut, Syatilla menerima mas kahwin sebanyak RM10,082 dan hantaran tujuh dulang berbalas sembilan.
ot;1" />
Powered by Blogger.