F Suami Sung Hyun Ah Dipercayai Bunuh Diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Suami Sung Hyun Ah Dipercayai Bunuh Diri

Suami kepada aktres Korea, Sung Hyun Ah, dipercayai membunuh diri selepas mayatnya ditemui di sebuah tempat letak kereta di Osan, Gyeonggi kira-kira pukul 8.40 pagi, Selasa lalu.

Laporan sumber menyebut, pihak polis memberitahu mayat ditemui dalam sebuah kereta jenis Ssangyong Tivoli yang diletakkan di tapak pembinaan sebuah pangsapuri.

Mereka turut menemukan arang terbakar dalam kereta tersebut yang terkunci.

Polis mempercayai lelaki itu sudah meninggal dunia beberapa hari lalu selepas melihat keadaan mayat.

Hyeon Ah dan suaminya yang dikenali sebagai Choi bagaimanapun berpisah sejak empat tahun lalu walaupun masih belum bercerai secara rasmi.

Perkahwinan pasangan itu bergolak selepas Hyeon Ah ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran pada 2013.

Berita kematian suami bintang drama Bad Woman Good Woman ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sekaligus ramai yang mengirimkan mesej kata-kata semangat kepadanya.

Apatahlagi, pelakon berusia 41 ini baru saja kembali aktif dalam dunia lakonan selepas namanya dikaitkan dengan isu pelacuran, beberapa tahun lalu.

InstaForex
Powered by Blogger.