Berita Terkini
recent

Suami Pelakon Seong Hyeon Ah Ditemukan Mati

Suami kepada aktres Seong Hyeon Ah ditemukan mati dalam keretanya di Osan, Gyeonggi kira-kira pukul 8.40 pagi, Selasa lalu.

Korean Herald melaporkan pihak polis memberitahu mayat ditemui dalam sebuah kereta jenis Ssangyong Tivoli yang diletakkan di tapak pembinaan sebuah pangsapuri.

Mereka turut menemukan arang terbakar dalam kereta tersebut yang terkunci.

Polis mempercayai lelaki itu sudah meninggal dunia beberapa hari lalu selepas melihat keadaan mayat.

Hyeon Ah dan suaminya yang dikenali sebagai Choi bagaimanapun berpisah sejak empat tahun lalu walaupun masih belum bercerai secara rasmi.

Perkahwinan pasangan itu bergolak selepas Hyeon Ah ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran pada 2013.

Bagaimanapun Hyeon Ah didapati tidak bersalah selepas mengemukakan rayuan pada Jun tahun lalu.

Pelakon itu kembali membuat kemunculan menerusi drama Fleeting Love selain muncul dalam sebuah dokumentari bagi menjelaskan insiden dia ditahan kerana melacur.

"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya dalam temubual itu.
Powered by Blogger.