Berita Terkini
recent

Song Hye Kyo Terima Ancaman Akan Disimbah Asid

Bergelar selebriti popular serta dilimpahi kekayaan harta, bukanlah jaminan bagi seseorang artis itu menjalani kehidupan yang aman.

Bagi aktres jelita Song Hye Kyo, dia pernah mengalami situasi menakutkan apabila dia dan keluarganya menerima ugutan akan disimbah asid jika tidak memberikan sejumlah wang.

Dalam episod terbaru rancangan berkonsep penyiasatan mengenai artis terbitan Channel A baru-baru ini memperkatakan tentang bintang drama Decendents of The Sun itu.

Program tersebut mendedahkan, bintang 35 tahun itu satu ketika dulu pernah menerima ancaman yang cukup menyeramkan.

Sekitar tahun 2005, ibu Song Hye Kyo menerima surat ancaman yang bertulis:

"Jika kamu tidak memberikan wang 250juta won (kira-kira RM967,155), aku akan menyiram asid ke tubuhmu dan Song Hye Kyo.

"Kalau tidak mahu melihat tubuh puterimu mereput dan membusuk sepanjang hidupmu, fikirkanlah perkara ini baik-baik.

"Aku telah menyiapkan asid hidroklorik yang banyak dan 'hallucinogens'."

Setelah mendapatkan surat ancaman itu, ibu Song Hye Kyo kemudian segera membuat laporan polis dan memindahkan Song Hye Kyo dari rumahnya ke lokasi lain .

Siasatan pihak polis mendapati, individu yang mengirimkan surat ugutan itu sebenarnya adalah bekas pengurus Song Hye Kyo.

Laporan Koreaboo menyebut, ibu Song Hye Kyo tidak percaya bahwa orang yang pernah tinggal bersama anaknya selama tiga tahun malah telah dianggap seperti saudara sendiri, sanggup melakukan hal tersebut.

"Itu tidak mungkin. Saya tidak percaya," katanya.

Walau bagaimanapun, ibu Song Hye Kyo tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Sumber menyebut, terdahulu pengurus tersebut telah dipecat daripada agensi naungan Song Hye Kyo kerana di dakwa terlibat dengan kes penyelewengan wang.
Powered by Blogger.