Berita Terkini
recent

Soffi kena tahan cerita palsu

Pelakon, Soffi Jikan menafikan dirinya ditahan polis kerana terbabit dengan pengambilan ganja seperti tersebar di media sosial sejak semalam.

Soffi berkata, dia mengetahui perkara itu selepas rakannya menghantar gambar kad pengenalan dan lesen memandunya bersama daun kecil dipercayai ganja yang tular di media sosial.


"Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa.

"Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis.

“Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia turut memohon pihak yang menemui dokumen berkenaan agar menyerahkannya semula kepada pihak berkuasa.
Powered by Blogger.