F Shop The World tarik pelanggan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Shop The World tarik pelanggan

11STREET menerima pencapaian penting apabila matlamat menawarkan kepelbagaian produk antarabangsa kepada rakyat Malaysia menerusi kempen Shop The World mendapat sambutan memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, lebih 10 juta produk dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat menarik pelanggan dalam talian (online) dan penggemar jenama antarabangsa seluruh negara.

“Tujuh daripada 10 produk  dibeli menerusi platform ini merupakan item sukar ditemui di pusat jualan lokal.

“Lebih ramai pelanggan wanita beli barangan antarabangsa secara online.  Sebahagian besar pelanggan online 11street berusia 18 hingga 35 tahun,” katanya.

Kempen Shop The World 11street bermula pada 11 Mac dan berakhir pada 18 April 2017. Bersandarkan kejayaan ini, 11street akan luaskan seksyen Global Street untuk membeli-belah seperti pembeli global sebenar.

Powered by Blogger.