Berita Terkini
recent

Semakin Selesa Berhijab, Zarina Belajar Istiqamah

Lebih setahun berhijab membuatkan pelakon Zarina Zainuddin semakin selesa dengan penampilan itu.

Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata beliau perlahan-lahan belajar untuk beristiqamah sekali gus terus berjuang dengan prinsipnya tidak mahu membuka tudung.

"Sebelum ini, ada dua tawaran iaitu drama bersiri 100 episod dan satu lagi 30 episod.

"Saya jatuh cinta dengan karakter yang ditawarkan namun ia memerlukan saya membuka tudung. Jadi, saya terpaksa menarik diri daripada membintangi kedua-dua drama itu,” katanya.

Menurut Zarina, dia sendiri tidak selesa dan berasa segan sekiranya perlu menanggalkan tudung.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.